Kisah Abu Dzar menggantikan Kejahatan dengan kebaikan

ingin Saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian kisah Abu Dzar dengan hambanya yang ingin memerdekakan dirinya.Abu Dzar sebagaimana diketahui oleh hambanya merupakan seorang yang suka memaafakan kesalahan orang,bahkan selalu membalas perkara buruk yang dilakukan kepadanya dengan dengan kebaikan kepada pelakunya. mengetahui bahawa Abu Dzar mempunyai satu sikap tidak membalas sesuatu perkara buruk dengan keburukan tetapi membalasnya dengan kebaikan.

kerana tinggi ketaatanya kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala dan kecintaannya terhadap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,semua ini berlaku kerana Abu Dzar merupakan seorang ulama yang sentiasa menterjemahkan apa yang dipelajari dari ayat Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam kehidupan sehariannya.
Pada suatu hari,telah berlaku satu peristiwa yang membuktikan Abu Dzar seorang penyabar dan pemaaf.hamba beliau yang masih lagi kanak-kanak ingin membuat helah supaya Abu Dzar membebaskannya menjadi orang yang merdeka.Sihamba yang mengembala kambing pergi kepada kambing Abu Dzar, lalu membiarkan kambing itu memakan makanan kuda sehingga habis

Tatkala Abu dzar pulang, dia mendapati makanan untuk kudanya telah habis,lalu dia bertanya kepada hambanya, 'Apa yang terjadi?'. sihamba menjawab, 'Saya telah melepaskan kambing,lalu kambing ini telah memakan makanan kuda sehingga habis'.lalu Abu Dzar bertanya kepadanya ‘mengapa engkau malakukan begitu’lalu sihamba menjawa ‘aku cuma ingin membuatmu marah’.

Abu Dzar yang mendengar jawapan dari hambanya itu lalu berkata kepada hambanya (sesudah memohon keampunan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala terhadap apa yang ada dalam hatinya) 'Aku kumpulkan kemarahanku dengan pahala, kamu merdeka kerana Allah Subhaanahu wa Ta’ala'.

*apa yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah sikap sabar dan selalu menjadikan kebaikan lebih utama dalam kehidupan kita..serta mengelak melakukan keburukan merupakan satu sifat terpuji..wasalam

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© ALKUTUBI | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger