Kedatangan Aidilfitri dan amalan padanya
By mohd hasan bin hj noh on
Setelah selesai sebulan umat islam menunaikan kewajipan kepada Allah subhanahu wata ala dengan menunaikan ibadat puasa.dikurniakan oleh Allah taala suatu hari kepada hambanya sebagai hari kemenangan dan kegembiraan.setelah berjaya menempuhi madrasah ramadhan.hari yang dinamakan hari raya aidilfitri,hari yang menjadikan manusia fitrah dari segala dosa.hari manusia bermaaf-maafan dari segala kesilapan dan dosa.
apabila datangnya hari raya aidilfitri sempernukanlah kegembiraan pada hari ini dengan melakukan amalan ibadah seperti:
1.Mandi sunat aidil fitri sebelum solat hari raya.memperelokkan serta mencantikkan pakaian dengan sebaik-baik pakaian.
2.Disunatkan makan sesuatu sebelum solat hari raya.dan keluarlah dengan semua ahli keluarga kamu untuk pergi solat hari raya.sehingga orang yang haid dan nifas juga digalakkan pergi melihat solat sunat hari raya.
3.Pergi solat hari raya dengan dengan berjalan melalui satu jalan.dan pulang dengan jalan yang lain.
4.Digalakkan sembahyang hari raya dikawasan lapang bukan didalam masjid.
5.Digalakkan memberi kepada ahli tanggungan kamu makanan,pakaian dan minuman serta tidak melakukan pembaziran dan melampau-lampau padanya.
6.Ziarahlah ahli keluarga kamu,sanak saudara untuk menghubungkan silaturrahim kamu,sambil bermaaf-maafan.
7.Berkongsilah kegembiraan pada hari raya dengan kaum muslimin.bersalamlah sambil menyebut ("taqabbalallahu minna waminkum")
8.Bersegeralah mengeluarkanlah zakat fitrah sebelum solat hari raya dikerjakan.
9.Menyaringkan takbir pada malam hari raya sehingga solat hari raya.
10.Tidak melupakan golongan fakir miskin dan anak-anak yatim pada hari ini.digalakkan membuatkan mereka bergembira pada hari raya.
11.Janganlah kita lupa mendoakan umat islam diseluruh dunia yang masih lagi belum aman dari tentera kuffar.seperti di Palestin,Iraq,dan Afghanistan.
12.perkara-perkara terlarang pada hari raya puasa:
-berpuasa pada hari pertama pada bulan syawal
-percampuran lelaki dan perempuan ditempat sembahyang dan tempat lain.
-dan keluar para wanita dari tempat solat dengan menunjukkan perhiasannya serta wangi- wangian
0 comments:
Post a Comment
« Newer Post
Older Post »
Home
Followers
map visitor
Feedjit Live Blog Stats
Search This Blog
Labels
UCAPAN
(2)
agama
(18)
kisah tauladan
(5)
renungan
(13)
Follow us
Facebook
Twitter
rss
email
JALINAN UKHUWWAH
Shout
bo
x
My media translation
Radio
*Sila pilih radio dan tekan
jika ingin mendengar Radio
Popular Posts
GOLONGAN LELAKI
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد Lelaki mengikut definisi ulamak...
Kasih sayang menurut Islam
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap ins...
Israk dan mikraj
Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen d...
Nasihat Imam Waqi
Imam Syafi’e suatu hari mengadu kepada gurunya Imam Waqi’ Tentang buruknya hafalan beliau, Nasihat Imam Waqi’ kepadanya: ََشكَوْتُ إِلَى وَق...
©
ALKUTUBI
| Design by
Blog template
in collaboration with
Concert Tickets
, and
Menopause symptoms
Powered by
Blogger
Post a Comment