Pohon penjelasan berhubung pengkebumian jenazah bersama Al Quran.
Pandangan Ulama’:
1. Imam As-Syarbini berpendapat:
"Dan menggalinya (si mati) selepas mengkebumikannya untuk dipindahkan atau selainnya adalah haram melainkan kerana darurat."
(sila rujuk Mughni al Muhtaj, Li Sheikh Shamsudin Muhammad bin Al Khatib As Syarbini, juzuk 1 m/s 544 Darul Ma’rifatut Thobatul ula- 1997/ 1418)
Imam Ahmad bin Abdul Razak Ad Dawish berpendapat:
"Pada asalnya tdak harus menggali kubur si mati atau mengeluarkannya ( si mati ) daripada kuburnya kerana si mati apabila disemadikan di dalam kubur maka telah tetap bersemadi ia di tempat itu kerana ia khusus untuknya dan tidak boleh seorang pun mengganggunya dan tidak boleh melakukan apa-apa sahaja padanya kerana menggali kubur si mati akan membawa kepada kecederaan anggota tubuh si mati dan penghinaan ke atasnya ….akan tetapi harus menggali kubur si mati dan mengeluarkannya daripada kubur apabila dalam keadaan darurat, atau kerana maslahat agama yang diperakui oleh ulama’".
(sila rujuk Fatawa al Lujnah Daimatu Lilbuhusi al Alimiyyah wal Ifta’, Imam Ahmad bin Abdul Razak Ad Dawish, jilid 7 m/s 122, Muassatul Amirah Thobatul Rabi’ 2002/ 1423 )
Berdasarkan kepada dua pendapat dua ulama’ di atas dan pendapat ulama’ yang lain di dalam kitab-kitab fekah yang mu’tabar maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman memutuskan bahawa hukum mengkebumikan mashaf Al-Quran bersama si mati adalah haram. Bagi memelihara kehormatan, kemuliaan dan kesucian mashaf Al-Quran daripada tercemar dan terkena najis maka jawatankuasa berpendapat wajib digali kubur tersebut untuk mengeluarkan mashaf Al-Quran yang terdapat di dalamnya dengan kadar seberapa segera.
(2 Rejab 1428 bersamaan 17 Julai 2007)
Post a Comment